^^

Saturday, 11 May 2013

NASYID AS-SOBAH

assalamu'alaikum...
anda pernah dengar tentang "nasyid as-Sobah"?
nasyid ni sebenarnya sllu dinyanyikan di sekolah-sekolah Maahad dan sekolah agama... 


ni liriknya.........
ada ke pembaca yang pernah menyanyikan lagu ni kat sekolah dulu?
huhu... saya tertanya-tanya..=D





terjemahan Qasidah.....


أحبك حبين
AKU CINTAKAN MU DUA KECINTAAN

(Rabiah al Adawiah berkisah tentang cinta Ilahi)
Terjemahan qasidah

عرفت الهوى مذ عرفت هــواك  *  وأغلقت قلبى عمن  عــداك
Aku mengenali cinta MU sejak aku mengenali cinta MU
aku tutup hatiku yang lain dari MU.

وقمت أناجيك يا من تـــرى *    خفايا القلوب ولســنا نراك
Aku bangun bermunajat kepada MU, wahai Yang Maha melihat
yang tersembunyi dihati sedangkan kami tidak melihat ENGKAU.

أحبك حبين.... حــب الهوى  *  وحبا لأنك أهــــل لذاك
           Aku cintakan Mu kerana 2 kecintaan, cinta kerana cinta itu sendiri sendiri
dan cinta kerana ENGKAU memang perlu dicintai.

فأما الذى هو حب الهـــوى *  فشغلى بذكرك عمن  سـواك
Cinta kerana cinta dalilnya
 kesibukanku mengingatimu dari yang lain.

وأما الذى أنت  أهــــل  له * فكشفك لي  الحجبَ حتى أراك
Dan adapun kerana engkau perlu dicintai
kerana engkau membuka untuk halangan agar aku dapat melihat.

فلا الحمد فــى ذا  ولا ذاك لي*  ولـكن لك الحمد فى ذا وذاك
Segala pujian kerana cinta itu bukan untukku
.Tapi semuanya adalah untuk MU jua

أحبك حبين ....   حـب الهوى * وحبــــا لأنك أهل لذاك
Aku cintakan MU kerana 2 kecintaan, cinta kerana cinta itu sendiri
dan cinta kerana ENGKAU memang perlu dicintai
 
~NURUL LIYANA HALIM~

sapaan...

كـَـيْـفَ حـَـالـُـكَ؟
Apa khabar (L)?
b: الـْـحـَـمْدُ لِلَِّهِ، أ َنـَا بـِـخـَـيـْـرٍ
Alhamdulillah, saya sihat.
b : وَكـَـيـْـفَ حـَـالـُـكِ؟
Awak (P) pula apa khabar?
a : الـْـحـَـمْـدُ لـِلَّهِ، أ َنـَا بـِـخـَـيـْـرٍ
Alhamdulillah, saya sihat.
c : كـَـيـْـفَ حـَـالـُـكـُمــَـا؟
Kamu berdua apa khabar?
a&b : الـْـحـَـمـْـدُ لـِـلـَّـهِ، نـَـحـْـن ُ بـِـخـَـيـْـرٍ
Alhamdulillah kami sihat.
 
  • dialog sapaan

SELAMAT SIANG:أحمد
@ السـَّلامُ عـَـلـَـيـْـكـُـمْ
Assalamu'alaikum! (Keselamatan atasmu!)
Greetings (Peace be upon you)

:شريفة
& وَعـَـلـَـيْـكـُـمُ السـَّـلامُ
Wa 'alaikumussalam! (Dan keselamatan pula untukmu!)
Hello; Peace upon you, too

@ نـَـهـَـارُكَ سـَـعِـــيـْـدٌ
Selamat Siang!
Good day

:أحمد
& سـَـعِــيـْـدٌ مُـبـَـارَكٌ
Selamat Siang! (Siang yang penuh berkat, Insya Allah!)

 كـَـيـْـفَ الـْـحـَـيـَـاةُ عـِـنـْـدَكِ؟
Bagaimana keadaan awak sekarang?
 
:شريفة
& الـْـحـَـيـَـاةُ عـَـلـَـى مـَـا يـُـرَامُ، وَشـُـكـْـرًا
Keadaan saya sebagaimana biasanya, terimakasih!

وَكـَـيـْـفَ حـَـيـَـاتـُـكَ؟
Dan bagaimana pula keadaan awak?

:أحمد
 عـَـلـَـى أ َحْــسـَـن مـَـا يـُـرَامُ، وَشـُـكـْـرًا
Keadaan saya sangat baik sekali, terimakasih!
 
:شريفة  
& سـَـعِــيـْـدٌ بـِـمُـقـَـابَـلـَـتـِكَ
Senang berjumpa dengan awak!

:أحمد
 أ َنـَـا كـَـذ َالِــكَ
Saya demikian pula.


nukilan: wardah nazifah

Friday, 10 May 2013

mengenali anggota badan dalam bahasa arab

Assalamualaikum...
video

Em bosan tak hari minggu (يوم الأسبوع) ni??

jom kita nasyid2 sambil menghiburkan hati..
lagi pun dapat belajar bahasa arab tau..

perkataan arab yang asas je, tapi...student u mcm kami ni pun dah lupa sebenarnya.. 

nukilan:hasyimah ibrahim
muhasabah bersama2....1 hari berapa banyak zikir bermain di bibir kite...=)
~siti norhamisah~
Assalamualaikum sahabat2......moga perkongsian ilmu ini bermanfaat untuk kita semua

PROSES TERJEMAHAN

Penterjemahan dilakukan adalah untuk menterjemah makna teks sumber dan bukannya menterjemahkan bentuk bahasa teks sumber ke dalam bahasa sasaran. Penterjemahan seharusnya fokus kepada makna. Dari segi prosesnya, penterjemahan dimulakan dengan pentafsiran makna dan diakhiri dengan pengalihan makna ke dalam bahasa sasaran. Proses penterjemahan yang lebih terpeinci adalah seperti berikut:

Menterjemah kata

Kata-kata teks sumber harus ditafsir menurut konteks ayat kerana kata dalam sesuatu bahasa mungkin mempunyai lebih dari satu makna. Selepas sudah mengenal pasti makna kata-kata teks sumber, maka penterjemah harus mencari kata bahasa sasaran yang sepadan dengan makna kata itu. Kata yang dicari itu seharusnya mempunyai makna yang terdekat dengan istilah yang diterjemahkan.

Satu masalah umum yang sentiasa dihadapi oleh penterjemah ialah tiada kata-kata bahasa sasaran yang sepadan dengan bahasa sumber. Maka masalah ini harus diselesaikan melalui cara seperti berikut:

•Memadankan perkataan bahasa sumber dengan serangkai kata bahasa sasaran.

•Memadankan perkataan bahasa sumber dengan perkataan ciptaan penterjemah.

•Mengambil terus perkataan bahasa sumber ke dalam teks terjemahan dengan mengubahsuai sebutan/ejaannya menurut ciri-ciri fonologi bahasa sasaran

Menterjemah Ungkapan

Dalam mentafsir makna teks sumber, penterjemah juga harus mentafsir makna pada peringkat ungkapan, yakni peringkat frasa. Ini bermaksud penterjemah akan menterjemah satu frasa demi satu frasa. Ini adalah kerana ungkapan ini mungkin akan membawa maksud kiasan dan dengan itu kita tidak boleh mentafsir makna ungkapan berkenaan berdasarkan makna kata-kata yang membentuknya. Contohnya, ungkapan ”panjang tangan” tidak boleh diterjemahkan sebagai ”long handed”, kerana dalam bahasa Melayu ”panjang tangan” membawa makna kiasan ”suka mencuri”. Perkataan ”breadwinner” dalam bahasa Inggeris tidak boleh diterjemahkan secara literal atau harfiah kerana maksudnya ”pencari nafkah” dan bukannya ”pemenang roti”. Ini memerlukan kefahaman tentang budaya asing.

Menterjemah Ayat

 
Dalam menterjemahkan ayat, unsur makna dalam ayat teks asal boleh dipindah ke dalam sebuah ayat bahasa sasaran, ataupun ke dalam beberapa ayat bahasa sasaran. Ini bermaksud satu ayat daripada teks asal tidak semestinya dipindah dengan satu ayat teks sasaran, tetapi boleh dipindahkan dengan beberapa ayat teks sasaran.

Tindakan satu ayat kepada banyak ayat dalam penterjemahan adalah supaya ayat yang dihasilkan daripada penterjemahan tidak terlalu panjang sehingga menyusahkan pemahaman para pembaca. Dalam keadaan tertentu, ayat dalam teks asal mungkin terlalu panjang dan sekiranya diterjemahkan terus ke dalam satu ayat maka ayat itu akan menghasilkan kesan yang buruk.
~siti norhamisah md desa~

Wednesday, 8 May 2013

Assalamua'laikum...

                                    (selamat pagi)  صباح الخير؟؟؟

Em pagi ni sedikit perkongsian dari blog kami..

ketika kita menghindari masalah, ia akan bersama kita lebih lama.. Hadapilah, ia akan membuatmu lebih bijaksana..

nukilan:hasyimah ibrahim






Mari  kita sama-sama baca doa ini.....
 
Tuhanku jauhkan dari kami 3 perkara: kesakitan, neraka jahanam dan azab kubur..
 
Dan rezekikan kami: kebahagiaan, kesihatan dan syurga...AMIN
 
 
 
~siti norhamisah~
setuju tak???

Assalamua'laikum..

Sejenak ku terfikir..Menjadi penterjemah sebenarnya sangat mencabar..walhal dalam keadaan ape pun..kita perlu tahu banyak ilmu,mengenali sesuatu budaya,agama,gaya hidup..penterjemah yang baik perlu kepada pandangan yang positif..berdasarkan pemerhatian saya, menjadi seorang penterjemah ini bukan sahaja satu kerjaya tetapi ianya adalah berlaku dalam kehidupan seharian kita..contohnya dalam menterjemah dialek diantara sahabat-sahabat kita..

ke guano??
(maksud perkataan "ke guano" ni adalah "ke macamana","apa pendapat awak")

maksud sesuatu perkataan itu berdasarkan pemahaman seseorang.. :)
nukilan:hasyimah ibrahim

cara menterjemahkan kata nama khas

assalamu'alaikum..........
 kali ini saya ingin berkongsi tentang cara menterjemahkan "Kata Nama Khas" dari bahasa Arab ke bahasa Melayu yang telah kami pelajari baru-baru ini..
setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Maheram bt Ahmad yang merupakan pensyarah kami bagi subjek ini..

PENTERJEMAHAN KNK – NAMA ORANG
  • Kata nama khas (bahasa Arab) seperti علي (Ali) dan فاطمة (Fatimah), tdk perlu diterjemahkan. tetapi ada 2 prkara yang penting:
  1. menukarkan huruf Arab kepada Rumi.
  2. memulakan setiap perkataan dengan huruf besar.
  • KNK dalam bahasa asing - pilih padanan yang sesuai. cth: الإسكندر الأكبر(BA) - Alexander The Great (BI) dan Iskandar Yang Agung (BM).
  • KNK yang mempunyai makna - tidak boleh diterjemahkan sama sekali. cth: Longman (BI) menjadi  لونجمان ( BA) dan Longman (BM).
 
NAMA NEGARA, BANDAR & TEMPAT

  • kekalkan nama bahasa sumber (tanpa perubahan seperti ejaan).
  • kekal nama bahasa sumber dengan padanan yang wujud dlm budaya bahasa sasaran. 
  • dipindahkan secara pinjam terjemah atau pinjam campuran. cth:
  1. Middle East - Asia Barat
  2. Silk Route - Laluan Sutera
  3. Guantanamo Bay - Teluk Guantanamo 
  • sesetengah bandar dan tempat dalam bahasa Arab yang ditulis dalam bahasa Asing yang berbeza dgn pedoman huruf asal. cth: al-Qahirah (BA), -Cairo (BI) - Kaherah (BM).

NAMA JUDUL ATAU PERISTIWA

  • Lazimnya akan dikekalkan.

kesimpulannya:
ada 3 strategi untuk penterjemahan Kata Nama Khas ini:
  1. mengekalkan kata nama asal (tdk diterjemahkan).
  2. menggantikan kata nama asal dengan kata lain.
  3. menggugurkan terus kata nama itu. 
akhir kata dari saya, jangan pernah rasa jemu dalam belajar!!!
go! go! go! =)
nukilan: wardah nazifah
 
salam sahabat2.....mari kita hayati lagu ini..........=)
 

~SITI NORHAMISAH~

Tuesday, 7 May 2013

ghibah???????? video arab untuk anda...

video

assalamu'alaikum... kaifa halukum?
apa khabar IMAN anda?
tepuk dada tanya iman.. 
adakah anda tahu bahawa menonton cerita yang menarik seperti kartun dan mendengar lagu yang menarik perhatian kita boleh mempertingkatkan lagi kemahiran bahasa kita?
ini adalah salah satu cara yang berkesan untuk belajar sesuatu bahasa..
tak percaya????????????  tonton dulu!!!!!!!!! =) 
belajarlah membuat sesuatu perkara itu dengan SABAR... step by step!
video ini menerangkan kepada kita apa dikatakan sebagai "GHIBAH"..
nak tahu lebih lanjut?
jom tonton video ini!!!!!!!!


Ainon Mohd (1987)

ØPadanan terjemahan berkemungkinan:

*Terdekat tetapi tidak sejadi 
cth: pulut kuning dipadankan dengan yellow rice.

*Sejadi tetapi tidak terdekat 
  cth: doctor dan tabib (konotasi negatif pada  orang Melayu).

*Terdekat yang sejadi 
cth: lawyer dipadankan dengan peguam


d   Pada pandangan kami bahawa sesuatu terjemahan perlu
      mengikut gaya sesuatu budaya untuk lebih di fahami..

        nukilan:hasyimah ibrahim



n


peribahasa arab


Sebelum Menghukum


العتاب (al-'itab) : mencela

قبل (qabla) : sebelum

العقاب (al-'iqab) : hukum

PENERANGAN

Bila kesalahan dilakukan oleh seorang terhadap anda, marahilah dia kerana kesalahannya itu. Jangan cepat menghukumnya. Hukuman adalah jalan terakhir. Perkataan العتاب (al-'tab) bermakna memarahi orang melakukan kesalahan dengan nada nasihat dan bukan menengking dan mengherdik. Contoh العتاب (al-'itab) ialah : "Kenapa awak buat macam ini? Tidak patut awak buatkan saya macam ini..".

nukilan:hasyimah ibrahim

tengok cite jom..

video



assalamu'alaikum ya ikhwani wa akhowati...

hari ini jom sama-sama kita melihat kisah teladan ini..

video arab yang sangat menarik dan sangat cute..

mempunyai pelbagai teladan dan pengajaran

nukilan:hasyimah ibrahim

lagi lagu Arab..

Assalamu'alaikum.. video arab ni agak menarik....
apa-apa pun,
jom dengar lagu ni!!!!!!!  
DREAM WITH ME by HAMZA NAMIRA
video

lagu law kaana bainana al-Habib


video



assalamu'alaikum semua............. video ini berkenaan dengan Rasulullah s.a.w..........
jom tengok video ni.. semoga terhibur..
we love Rasulullah s.a.w.
Lirik dalam Bahasa Arab dan Melayu
  
لو كان بيننا الحبيب

Kalau Kekasih Allah (Nabi) masih berada bersama kita        

لدينا القاصى والقريب  
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah

من طيبة قبل المغيب
dengan keharuman baginda sebelum hilangnya

طالبا قرب الحبيب
  rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan baginda   

بقربه نفس تطيب
Dengan dekat dengannya hati menjadi tenang         

فتدع الله يجيب
Dan berdoalah kepada Allah, akan dijawabNya          

انوار طاح لا تغيب
Cahayanya mekar takkan padam                            

بلغنا لقاه يا مجيب
Sampaikanlah pertemuan kami wahai yang Maha Memperkenankan doa    

فدتك روحي يا حبيب
Untukmu kuserahkan diri aku wahai Kekasih       

محمد مكرم الغريب
Muhammad yang memuliakan orang asing 

بقربك الروح تطيب
Dengan dekat denganmu hati menjadi tenang      

يا رحمة للعالمين
Wahai rahmat sekelian alam :                              



English Subtitle / Translation


If the beloved (saw) were among us
Those from far & near will come to him (saw)
Hoping to see the sun of goodness before it sets
Desiring to be near to Him (saw)
In this company the soul feels great
On that moment If it prays to Allah, Allah will surely answer
The light of Taha (saw) will not cease to exist
Oh Ya Allah who answers prayer, please fulfill our hope to meet him (saw)
I am willing to sacrifice my life for you
Oh beloved (saw) Muhammad saw honor of strangers
In your company the soul feels great
Oh mercy to all the worlds (saw)


marilah kita berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W.....
p/s: maaf si atas kekurangn pada terjemahan lirik.. sila tonton video untuk terjemahan penuh..
syukran jazilan... =)
nukilan: wardah nazifah