^^

Saturday 15 June 2013

sifat huruf




Sifat huruf adalah salah satu dari perkara tajwid dalam bacaan al-Quran. Sifat huruf adalah ciri yang menjelaskan perihal suatu huruf. Melalui sifatnya, seseorang itu akan mampu membezakan suatu huruf itu dengan keadaan sebutannya seperti tertahan, berdesing, melantun dan sebagainya.
Kelebihan memahami sifat huruf ini adalah sebagai pelengkap kepada makhraj. Dengan mengetahui sifatnya, kita dapat membezakan lafaz sebutan bagi huruf yang makhrajnya sama. Tambahan pula, kita akan dapat mengenal huruf yang kuat dan lemah atau huruf yang dilafazkan secara tebal dan tipis kerana sifat yang wujud pada hurufnya. Sifat huruf juga membantu memperkemaskan ketepatan sebutan suatu huruf supaya dapat dilafazkan dengan betul, terutamanya bagi huruf yang hampir sama sebutannya seperti huruf tha (ث) dengan sin (س), ha' (ح) dengan ha ().
Pembahagian sifat huruf 

Sifat huruf terbahagi kepada dua:
  • Sifat lazimah (ﻻﺯﻣﻪ) — ciri kekal yang pasti ada bagi setiap sebutan huruf dalam semua keadaan, tidak terpisah dari suatu huruf itu sama ada pada keadaan berbaris mahupun mati. Sifat ini juga dikenali sebagai "sifat yang berlawanan". Terdapat sepuluh sifat yang tergolong dalam kategori ini:
  1. Hams lawannya jahr
  2. Syiddah lawannya rakhawah (pertengahan bagi kedua-dua sifat ini dinamakan tawasut)
  3. Isti'la' lawannya istifal
  4. Itbaq lawannya infitah
  5. Idzlaq lawannya ismat
  • Sifat ‘aridhah; (ﻋﺎﺭﻀﻪ) ialah ciri mendatang yang berubah-ubah bagi suatu huruf yang adakalanya terpisah dari huruf dan menyertainya pula pada keadaan yang lain seperti tarqiq (nipis), tafkhim (tebal), ghunnah, idgham, atau ikhfa’, panjang atau pendek dan seumpamanya. Sifat ini juga dikenali sebagai "sifat yang tidak berlawanan". Terdapat tujuh sifat yang tergolong dalam kategori ini:
  1. Safir (ﺻﻔﺮ) - Suara dari hujung mulut seakan-akan bersimpul
  2. Qalqalah (ﻗﻠﻘﻠﻪ) - melantun
  3. Lin (ﻟﻴﻦ) - lembut
  4. Inhiraf (ﺇﻧﺤﺮﺍﻑ) - melencong
  5. Takrir (ﺗﻜﺮﻳﺮ) - berulang
  6. Tafasysyi (ﺗﻔﺸﻰ) - berselerak
  7. Istitolah (ﺇﺳﺘﻂﺎﻟﻪ) - panjang
Tiap-tiap huruf itu termasuk dalam lima sifat suara yang mempunyai lawanan. Suara-suara tidak berlawanan pula terkadang-kadang termasuk datu atau dua sifat daripadanya, terkadang-kadang tidak termasuk suatupun. Selebihnya terkumpul pada satu huruf itu tujuh sifat suara iaitu sepet, berulang-ulang dan lima sifat yang berlawanan.
Perincian sifat huruf
Hams
Hams (Arab: همس) dari segi bahasa bermaksud menyembunyikan; cara menyebutnya ialah dengan menyembunyikan huruf dan melarikan nafas bersamanya. Terdapat sepuluh huruf yang bersifat hams dan dikelompokkan dalam lafaz (فَحَثُّهُ شَخْصٌ سَكَتْ), iaitu fā' (ف), ḥā' (ح), thā' (ث), hā' (ه), syīn (ش), khā' (خ), sīn (س), kāf (ك), dan tā' (ت).
Jahr
Jahr (Arab: جهر) dari segi bahasa bermaksud terang dan nyata; cara menyebutnya ialah dengan menerangkan huruf dan menahan nafas bersamanya. Huruf-hurufnya ialah 19 huruf yang berbaki dari huruf-huruf hams.
Beza sifat hams dengan sifat jahr ialah huruf hams disebut dengan melarikan nafas, manakala huruf jahr disebut dengan menahan nafas.
Syiddah
Syiddah (Arab: شدة) dari segi bahasa bermaksut kuat; cara menyebutnya ialah dengan menguatkan huruf dan menahan suara ketika menyebutnya. Terdapat lapn huruf yang bersifat syiddah dan dikelompokkan dalam lafaz (أَجِدْ قَطٍ بَكَتْ), iaitu hamzah (ء), jīm (ج), dāl (د), qāf (ق), ṭā' (ط), bā' (ب), kāf (ك), dan tā' (ت).
Rakhawah
Rakhawah (الرخاوة) bermaksud lembut; ia disebut dengan membunyikan suara. Huruf-huruf rakhawah ialah 15 yang berbaki dari huruf-huruf syiddah dan tawasut.
Tawasut
Tawasut dari segi bahasa bermaksud pertengahan; dari segi istilah bermaksud pertengahan suara
Isti'la'
Isti'la' (الإستــعلاء) bermaksud mengangkat atau meninggi. Cara menyebutnya ialah dengan mengangkat lidah hingga ke langit-langit. Huruf-huruf isti'la' ada tujuh, dan dikelompokkan dalam lafaz خُصَّ ضَغْطٍ قِظْ (trans: khuṣṣa aghin qi), iaitu kha' (خ), ad (ص), ad (ض), ghayn (غ), a' (ط), qaf (ق), dan za' (ظ).
Istifal
Ertinya rendah semasa menyebutnya ialah keadaan lidah tenang, tidak terangkat ke langit-langit
Itbaq
Itbaq bermaksud menutup atau mendempik. Semasa menyebut hurufnya, hendaklah melengkung keliling lidah ke lelangit.
Infitah
Infitah bermaksud membuka. Semasa menyebut hurufnya, hendaklah tidak melengkung keliling lidah ke lelangit.
Idzlaq
Idzlaq menurut bahasa ialah ialah tergelincir atau terlepas. Secara terperincinya ialah menyebut hurufnya dengan mudah dan lancar. Disebabkan sebahagiannya keluar daripada hujung lidah dan sebahagian lagi keluar daripada dua bibir mulut, maka ia dapat disebut dengan cepat dan lancar.
Ismat
Ismat'secara bahasanya ialah tertegah iaitu ditegah hanya menggunakan hurufnya untuk menyusun kalimah Bahasa Arab yang lebih daripada tiga huruf yang menjadi huruf akar pada kalimah. Maka kalimah yang berkenaan susah disebut dengan cepat dan terdapat dua puluh tiga huruf.
Safir
Safir ialah suara yang menyerupai suara unggas atau haiwan kerana menyebut hurufnya dengan bunyi berdesir dan kuat dari antara dua bibir mulut. Hurufnya ada tiga, iaitu sād (ص), zāy (ز), dan sīn (س). Bunyi desiran yang berlaku pada huruf sād paling kuat dibanding zāy dan berikutnya. Perbezaan sifat safir dengan hams adalah desiran nafas yang lebih kuat berbanding dengan hams yang sekadar membunyikan hurufnya dengan hembusan nafas yang lebih ringan.
  • Semasa menyebut "ص" Kedengarannya seperti suara angsa.
  • Semasa menyebut "ز" Kedengarannya seperti suara lebah.
  • Semasa menyebut "س" Kedengarannya seperti suara belalang.
Qalqalah
Qalqalah (قلقلة) ialah melantunkan suara sehingga terdengar sedikit detakan, khusus hanya apabila huruf itu mati. Apabila wakaf, detakan itu dibunyikan dengan lebih kuat. Terdapat lima huruf qalqalah, iaitu qaf (ق), ta' (طْ), ba' (ب), jim (ج), dan dal (د); dan dikelompokkan dalam lafaz (قُطْبُ جَدٍّ).
Lin
Lin (لين) bermaksud lembut; disebut dengan lembut dan mudah. Hurufnya ada dua, iaitu waw (و) dan yā' (ي). Pembunyian dengan sifat lin hanya berlaku apabila huruf itu mati, dan di sebelumnya ada huruf berbaris atas. Contohnya waw dalam kalimah khawf (خَوْف) dan yā' dalam kalimah bayt (بَيْت).
Takrir
Takrir (تكرير) bermaksud berulang. Hurufnya satu sahaja, iaitu ra' (ر). Dinamakan takrir kerana bunyi unik ra' yang bergetar secara berulang. Walau bagaimanapun, getaran yang dibenarkan adalah sekali sahaja, lebih-lebih lagi pada keadaan sabdu.
Tafasysyi
Tafasysyi (تفشي) bermaksud tersebar atau berselerak. Hurufnya satu sahaja, iaitu syin (ش). Dinamakan tafasysyi kerana bunyi unik syin yang tersebar dan terselerak di kawasan hujung lidah.
Istitalah
Istitalah (استطالة) bermaksud memanjang. Hurufnya satu sahaja, iaitu ad (ض). Dinamakan istitalah kerana makhraj ad yang memanjang di sebelah kiri atau kanan lidah

Berkata Imam Nawawi : Hidup ini semakin menghampiri kematian,jadi hidup perlu dimanfaatkan sebaek mungkin, sesungguhnya membanyakkan diri dengan menuntut ilmu adalah perkara yang terbaik untuk menghabiskan masa

No comments:

Post a Comment