^^

Monday 24 June 2013

nota ringkas





BELAJAR BAHASA ARAB MUDAH MELALUI NOTA RINGKAS PADAT

LETAK TANDA  ALIF

Alif menjadi alamat bagi I’rab Rafa’ khusus pada isim tatsniyah(isim mutsanna).  Maksudnya, alif menjadi tanda bagi I’rab Rafa’ itu hanya terdapat pada isim tatsniyah sahaja.

Isim tatsniyah, ialah lafazh yang menunjukkan dua dengan memakai alif dan nun pada huruf akhirnya, iaitu bila dalam keadaan rafa’, sedangkan ya’ dan nun bila dalam keadaan nashab dan njar.

Contoh dalam keadaan rafa’:

جَاءَ الزَّيْدَانِ


Telah datang dua Zaid itu
"الزَّيْدَانِ"  adalah fa’il marfu’ dengan tanda marfu’nya alif sebagai pengganti  dhommah.
الزَّيْدَانِ
جَاءَ
Fa’il
(Isim Mutsanna)
Fi’il

Contoh-contoh lain:

جَاءَ الْمُسْلِمَانِ
Telah datang dua orang Muslim itu.
تَعَلَّمَ تِلْمِيْذَانِ
Telah belajar dua orang murid itu.
ذَهَبِ صَالِحَانِ
Telah pergi dua orang soleh itu.
هَذَانِ الْكِتَابَانِ
Ini adalah dua buah kitab.


No comments:

Post a Comment