^^

Monday 17 June 2013

laras bahasa




Kumulakan bicara ini dengan lafaz bismilahirrahmanirrahim.Buat sahabat seagama denganku,buat sahabat yang sujud menghadap kiblat yang sama denganku,buat sahabat yang menyembah Allah yang satu,buat sahabat yang menjadi Rasulullah saw sebagai idola pada setiap diri-diri kita.Yakni agama islam,Alhamdulillah masih lagi bernafas.
Abdullah Hassan (1997: 248) membahagikan laras bahasa kepada beberapa jenis, iaitu:
  1. Laras Bahasa Umum
  2. Laras Bahasa Teknikal
  3. Laras Bahasa Undang-undang
  4. Laras Bahasa Agama
  5. Laras Bahasa Himbauan
  6. Laras Bahasa Klasik
  7. Laras Bahasa Kreatif
  8. Laras Bahasa Kanak-kanak
  9. Laras Bahasa Iklan
Laras Bahasa Umum
Ciri-cirinya:
v  *Tidak mengandungi istilah teknikal.
v  *Menggunakan ayat yang berstruktur mudah.
v  *Tidak banyak menggunakan kata pinjaman.

Laras Bahasa Teknikal 
Ciri-cirinya:
v  *Banyak menggunakan istilah khusus dalam bidang tertentu.
v  *Mengandungi ilustrasi (gambar rajah, jadual, graf, peta, dll.).
v  *Struktur ayat: mengandungi subjek dan predikat.
v  *Mengandungi ayat yang mendefinisikan makna istilah.
  1. Contoh Laras Bahasa Umum (Akhbar)
*      Potong gaji jika salah guna kenderaan rasmi: KSN

*      Sehubungan itu, Ketua Setiausaha Negara, Tan ri Samsudin Osman mengarahkan semua ketua jabatan supaya memantau bagi memastikan kenderaan rasmi kerajaan tidak disalah guna oleh mana-mana pihak. 
5.      Tidak mengandungi unsur bahasa perlambangan dan bunga-bunga bahasa.
6.      Tidak mengandungi ayat yang boleh ditafsirkan dengan pelbagai makna dan cara.

Laras Bahasa Undang-undang

Ciri-cirinya:
v  Tidak mengandungi gambar, gambar rajah, graf, jadual, dan sebagainya.
v  Struktur ayatnya terdiri daripada prinsip undang-undang, diikuti oleh syarat, dan diakhiri dengan keputusan undang-undang.
v  Terdapat bentuk frasa sendi nama yang tidak digunakan dalam teks teknikal yang lain.

*      PERLEMBAGAAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA
*      AKTA UNVERSITI PERTANIAN MALAYSIA (PEPERIKSAAN) 1980 PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA  (RAYUAN 1987)
*      Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh perenggan 12 Akta Universiti Pertanian Malaysia (Peperiksaan) 1980, Senat Universiti Pertanian Malaysia membuat peraturan yang berikut:
            Nama dan Mula Berkuatkuasa:

Laras Bahasa Teknikal
            Di peringkat menengah atas, di samping terdapat sekolah akademik, terdapat juga sekolah-sekolah swasta perdagangan, vokasional  dan teknik.  Sekolah-sekolah ini mengadakan berbagai-bagai kursus.  Pada tahun 1978, terdapat 191 buah sekolah jenis ini dengan 928 orang guru dan 37,709 orang murid.  Jadual 12 menunjukkan bilangan sekolah swasta yang memberikan pendidikan perdagangan, vokasional dan teknik, jumlah guru dan murid bagi Semenanjung, Sarawak, dan Sabah.
            Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran, 1982, hlm. 50.
           
Laras Bahasa Agama
Ciri-cirinya:
v  Terdapat unsur bahasa klasik , terutama pada kosa katanya.
v  Terdapat istilah agama yang khusus bagi sesuatu agama.
v  Banyak mengandungi bentuk cerita, kias, dan ibarat.

Laras Bahasa Himbauan
Ciri-cirinya:
v  Banyak menggunakan perkataan yang membawa makna ajak atau tegah.
v  Banyak menggunakan contoh, kes atau cerita yang selaras dengan tajuk.
v  Mengemukakan faedah daripada sesuatu perbuatan.

Contoh Laras Bahasa Agama
            Dari Anas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Seseorang muslim yang menanam pohon atau tanam-tanaman , lalu sebahagian hasilnya dimakan burung, manusia, atau binatang, maka orang yang menanam itu mendapat pahala

*      Contoh Laras Bahasa Himbauan (Doa)
            Ya, Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu kemaafan dan kesihatan yang kekal baik dari segi agama, dunia dan seterusnya di akhirat nanti.  Ya, Allah, ampunilah dosa-dosa kami, bapa-bapa kami, ibu-ibu kami, datuk-datuk kami, ninda-ninda kami, guru-guru kami dan kesemua kaum Mukminin dan Mukminat, Muslimin dan Muslimat baik yang hidup mahupun yang mati, dengan rahmat-Mu jua, wahai Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Ismail Kamus (1988) Doa Selepas Sembahyang, hlm
Laras Bahasa Klasik
            Kata sahibul hikayat, ada beberapa lama antaranya maka datanglah todak menyerang Singapura, berlompatan lalu ke darat; dan segala orang di pantai itu banyak mati, dilompati oleh todak itu. Jika kena dada, terus ke belakang; jika kena leher dan pinggang, terus ke sebelah.  Maka tidaklah dapat orang berdiri di pantai itu, lagi banyak mati.  Maka gemparlah orang berlarian ke sana-sini, semuanya menyatakan , “Todak menyerang kita.  Banyaklah sudah mati orang kita dibunuhnya”.
            Sejarah Melayu Edisi Shellabear, 1977, hlm. 51.

Laras Bahasa Kreatif
Ciri-cirinya:
v  Menggunakan struktur ayat aktif dan ayat pasif.
v  Menggunakan bentuk dialog atau kata bual seperti dalam skrip drama.
v  Menggunakan bahasa perlambangan dan kiasan.
v  Bersifat kreatif imaginatif, menggunakan bunga bahasa, dan bahasa hiasan.
v  Tidak terdapat ciri khusus bahasa teknikal dan penggunaan ilustrasi.
v  Terdapat unsur ambiguiti (ketaksaan) dari segi penggunaan kata dan struktur ayat.
v  Terdapat penyimpangan (deviasi) dari segi fonologi, morfologi atau sintaksis.
v  Menggunakan alat stilistik untuk tujuan menimbulkan kesan, misalnya menggunakan unsur imejan.

Laras Bahasa Kreatif
            Pak tarik tali dengan lembut kalau-kalau wau mau jatuh.  Tapi lekatnya cukup kuat.  Kalau tarik kuat tentu tali putus.  Kalau tak putus wau tentu terkoyak.  Kemudian Pak ambil keputusan.  Tali mesti ditarik.  Mana tau kalau-kalau wau jatuh juga.Carik boleh ditampung.Cucu-cucu pun bersorak lagi.Mereka mau wau itu jatuh.
            Tiba-tiba tali putus.Sorak cucu-cucu jadi senyap.Pak memandang muka cucu-cucu.Cucu-cucu memandang muka Pak.Pakl cekak pinggang mendongak tengok wau yang tersangkut.
            Cerpen ‘Wau Kepala Burung’ oleh Azizi Hj. Abdullah

Laras Bahasa Kanak-kanak
Ciri-cirinya:
v  Kosa katanya terdiri daripada kata akar, kata nama konkrit, kata kerja, dan kata adjektif.
v  Bilangan atau jumlah kosa katanya kurang berbanding dengan kosa kata orang dewasa.
v  Bilangan imbuhan yang digunakan agak terhad, malah imbuhan yang digunakan untuk membentuk kata abstrak tidak terdapat dalam laras ini.
v  Struktur ayat yang banyak digunakan ialah struktur ayat aktif bentuk tunggal.
v  Bahasa perlambangan tidak digunakan, begitu juga bentuk-bentuk bunga bahasa.14


*      Contoh Laras Bahasa Kanak-Kanak
            Sebelum tidur, nenek menghidangkan susu panas.
            “Kamu berdua mahu dengar cerita tak?  Nenek ada suatu cerita bagus, “kata nenek Kiti.
            “Cerita apa, nenek?  tanya Kiti.
            “Kamu pernah dengar cerita Semut dan Belalang?” tanya nenek pula.
            “Tidak pernah,” jawab Kiti dan Bani.
            Che An Abd.Ghani (1994) Cerita Kiti dan Bani Pulang Kampung, hlm. 16.

Laras Bahasa Iklan
Ciri-cirinya:
v  Terdapat penggunaan unsur grafik dan ilustrasi yang sangat kertara pada iklan bercetak.
v  Terdapat penggunaan gambar bergerak dan muzik yang jelas pada laras iklan pandang-dengar.
v  Terdapat penggunaan warna dan teknik kesan, khususnya pada iklan bercetak dan iklan pandang-dengar.
v  Struktur ayatnya pendek dan banyak menggunakan ayat tunggal.
v  Menggunakan unsur retorik atau manipulasi bahasa secara berkesan.
v  Menggunakan ungkapan dan istilah yang ‘stylish’.
v  Menggunakan pelbagai kaedah untuk memujuk atau menarik pengguna, seperti kaedah umpan, gesaan, doa, dsbnya.

*      Contoh Laras Bahasa Iklan
*      Sephia canggih, gaya sporty
*      Kediaman ekslusif gaya hidup moden


No comments:

Post a Comment