^^

Monday, 4 March 2013

PENTERJEMAHAN SIMPULAN BAHASA ARAB-MELAYU

Pada abad ke-20 ini telah muncul beberapa teori dan pendekatan baru dalam dunia penterjemahan moden. Antaranya seperti teori dinamik oleh Nida dan Taber (1967), teori semantik dan komunikasi oleh Newmark(1981), teori skorpos oleh vermeer dan Reis (1981), dan teori sastera oleh Larsan (1984). Secara dasarnya kesemua teori ini lebih menumpukan kepada kajian pada produk penterjemahan itu sendiri yang dikenali sebagai karya(hasil) terjemahan. Walaubagaimanapun, pada abad akhir ke-20 ini, muncul satu teori dalam komunikasi manusia. Teori ini cuba menafikan  konsep lama dalam komunikasi yang menggarap prinsip komunikasi sebagai pengekod-transmisi-penyahkod. Dengan kata lain teori ini harus melibatkan pemprosesan idea dalam minda manusia. Teori ini kemudian dikembangkan oleh Gutt dalam disiplin penterjemahan tahun 1991. Oleh itu, makalah ini cuba menerapkan TR dalam penterjemahan Melayu-Arab, khususnya dalam aspek simpulan bahasa. 
Cth: "jalasa maqrur fi sijjnihi radiyan kulla al-rida... "(TSA:29)
"Makrur duduk dengan hati tenang di dalam penjaar..."(TSM:18)

nukilan : NURUL LIYANA BT HALIM