^^

Sunday 10 March 2013

Definisi Terjemahan

assalamua'laikum..
 kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang definisi terjemahan. apa sebenarnya yang dikatakan sebagai terjemahan?
 bagi yang dah tahu serba sedikit tentang definisi terjemahan ni, bolehlah berkongsi ilmu dengan kami. ataupun, apa salahnya kalau tambah lagi ilmu yang ada dengan baca benda ni.... tak salah kan?
 jom baca sama-sama...

  • menurut kamus dewan, terjemahan ialah: memindahkan suatu bahasa kepada bahasa yang lain. 
  • dari sudut bahasa, berasal daripada kata Arab: tarjama, yutarjimu, tarjamah.
  • menurut Hakim Bin Zainal, perkataan tarjamah ini mempunyai 3 makna:
  1. pentafsiran dan penerangan dengan bahasa yang sama dan ia disebut sebagai tafsir.
  2. pentafsiran dan penerangan dengan bahasa yang lain dan ia disebut sebagai terjemah tafsir.
  3. memindahkan dari satu bahasa ke bahasa lain. ia terbahagi kepada 2: terjemahan harfiah dan terjemahan makna. makna yang ketiga inilah yang dimaksudkan, tetapi ia masih bersifat umum.
  • definisi yang agak lengkap ialah pemindahan dari satu bahasa kepada bahasa yang lain dengan memelihara kesepadanan makna dan bentuk yang boleh melahirkan persamaan reaksi.
  • sebagai kesimpulan, satu proses pemindahan maklumat, teks, makna, struktur- struktur leksikal, risalah dan sebagainya daripada bahasa sumber ke bahasa sasaran dengan padanan sejadi atau hampir sejadi.
sekadar itu sahaja yang dapat kami kongsikan.. terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca definisi terjemahan ini. semoga memberi faedah kepada anda....



citra penterjemah
"jika anda tidak pandai mengarang, maka jadilah seorang penyunting dan jika anda tidak pandai mengarang dan menyunting, maka jadilah seorang penterjemah."

~wardah nazifah~

No comments:

Post a Comment