^^

Sunday 10 March 2013

Definisi Terjemahan

assalamua'laikum..
 kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang definisi terjemahan. apa sebenarnya yang dikatakan sebagai terjemahan?
 bagi yang dah tahu serba sedikit tentang definisi terjemahan ni, bolehlah berkongsi ilmu dengan kami. ataupun, apa salahnya kalau tambah lagi ilmu yang ada dengan baca benda ni.... tak salah kan?
 jom baca sama-sama...

  • menurut kamus dewan, terjemahan ialah: memindahkan suatu bahasa kepada bahasa yang lain. 
  • dari sudut bahasa, berasal daripada kata Arab: tarjama, yutarjimu, tarjamah.
  • menurut Hakim Bin Zainal, perkataan tarjamah ini mempunyai 3 makna:
  1. pentafsiran dan penerangan dengan bahasa yang sama dan ia disebut sebagai tafsir.
  2. pentafsiran dan penerangan dengan bahasa yang lain dan ia disebut sebagai terjemah tafsir.
  3. memindahkan dari satu bahasa ke bahasa lain. ia terbahagi kepada 2: terjemahan harfiah dan terjemahan makna. makna yang ketiga inilah yang dimaksudkan, tetapi ia masih bersifat umum.
  • definisi yang agak lengkap ialah pemindahan dari satu bahasa kepada bahasa yang lain dengan memelihara kesepadanan makna dan bentuk yang boleh melahirkan persamaan reaksi.
  • sebagai kesimpulan, satu proses pemindahan maklumat, teks, makna, struktur- struktur leksikal, risalah dan sebagainya daripada bahasa sumber ke bahasa sasaran dengan padanan sejadi atau hampir sejadi.
sekadar itu sahaja yang dapat kami kongsikan.. terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca definisi terjemahan ini. semoga memberi faedah kepada anda....



citra penterjemah
"jika anda tidak pandai mengarang, maka jadilah seorang penyunting dan jika anda tidak pandai mengarang dan menyunting, maka jadilah seorang penterjemah."

~wardah nazifah~

Jom semua datang ke kuliah terjemahan arab melayu arab setiap selasa jam 2 petang..

                                                  ikhlaskan hatimu ketika menuntut ilmu..

Allah akan permudahkan dirimu..

                          Jadilah seorang penterjemah yang bergaya dan verstyle ..



 

Memang benar, belajar itu payah. Tetapi tanpa pelajaran, hidup menjadi lebih payah kerana kebodohan diri sendiri.

Friday 8 March 2013

Muslimah harus berubah menjadi jiwa yg kental dengan cahaya tauhid, anggun dengan pengamalan sunnah, cerdas dan bijak dengan penghayatan ilmu, memikat dengan aura pendakwah khususnya kepada keluarga dan orang2 terdekat. Semua ini tidak akan menjadi realiti tanpa mengetahui matlamatnya, kaedah, cabaran dan kekuatan yang diperlukan. Muslimah tidak boleh terbelenggu dalam kesempitan dada, kejahilan ilmu, kemiskinan jiwa. Ayuh.. Belajar dari teladan para tokoh wanita agung, Ummahatul mukminin yg akan mnjadi idola perlatihan ini..

Thursday 7 March 2013

JOM KITA SAMA2 ZIKIR..

apa2 yang di sebut akan lebih indah jika ianya di fahami..jom kita cuba..
nukilan:HAMBA ALLAH...hasyimah ibrahim

Wednesday 6 March 2013

Cintai Bahasa Arab

assalamu'alaikum..

kita sering mendengar ramai orang pada masa kini yang belajar lebih dari  satu bahasa. sebenarnya, mendalami lebih dari satu bahasa adalah penting untuk keperluan dalam situasi tertentu. bagaimana pula dengan bahasa Arab? apa kelebihannya? adakah susah nak belajar bahasa Arab? 
kata orang.... TAK KENAL MAKA TAK CINTA..
jadi, mari kita KENALI bahasa Arab...


Bahasa Arab memang bahasa yang sangat istimewa. Sehingga Allah SWT berkenan berbicara kepada umat manusia dengan bahasa Arab melalui Al Qur’an. Padahal Al Qur’an itu sendiri tidak hanya ditujukan kepada Bangsa Arab saja, melainkan untuk seluruh umat manusia sepanjang zaman. Dengan demikian, bukan bererti Allah tidak mengetahui bahwa manusia mempunyai ribuan bahasa yang berbeza, tapi Allah telah menetapkan bahwa hanya ada satu bahasa yang Dia gunakan untuk memberi petunjuk untuk umatnya di dunia, yaitu Bahasa Arab. 
 Bahasa Arab telah menempati peringkat kelima setelah Inggeris, Jepun, Perancis dan Mandarin dari bahasa internasional dunia. Tanpa bahasa arab, jambatan antara peradaban timur dan peradaban barat akan terputus. Kerana perubahan besar terjadi ketika tersebarnya bahasa arab ke berbagai negeri seberang. Dengan segala kefasihan, kelembutan bahasanya, untaian syair yang tak akan pernah dapat ditiru oleh bahasa lainnya.
Allah SWT juga telah menetapkan bahwasanya Bahasa yang digunakan ketika kita solat hanyalah bahasa Arab. Allah SWT tidak akan menerima solat seorang muslim kecuali dengan bahasa Arab. 
Para pakar bahasa Arab menyebutkan beberapa keistimewaan bahasa Arab:
1. bahasa Arab adalah bahasa induk dari semua bahasa ummat manusia. Ketika Nabi Adam As menginjakkan kakinya pertama kali diatas bumi ini, beliau sudah pandai berbicara. Dan karena sebelumya beliau adalah penduduk syurga, yang mana ada keterangan bahawasanya bahasa penduduk syurga adalah bahasa Arab. 
2. bahasa arab adalah bahasa tertua dan abadi. bahasa Inggris adalah bahasa paling popular di dunia. tetapi tidak ada bahasa yang bertahan lama dimuka bumi ini selain bahasa arab. Sebab sejarah membuktikan bahwa sejak zaman Nabi Ibrahim As, yang diperkirakan hidup pada abad 19 sebelum masihi, beliau sudah menggunakan bahasa Arab. Sehingga kalau dihitung sampai sekarang, bahasa arab sudah digunakan penduduk bumi selama kurang lebih 40.000 tahun lamanya. hebat kan?
3. bahasa juga mempunyai perbendaharaan kata yang paling banyak. Sebagai contoh, salah satu peneliti bahasa arab mengemukakan bahwa orang arab memiliki 80 sinonim untuk kata yang bermakna unta. Dan punya 200 sinonim untuk sinonim yang bermakna anjing.
4. bahasa Arab merupakan bahasa yang banyak diserap oleh bahasa-bahasa lain. cuba perhatikan perkataan-perkataan bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris, banyak perkataan yang digunakan diserap daripada bahasa Arab.

selain itu, mendalami bahasa Arab akan membantu kita secara tidak langsung dalam memahami al-Quran. al-Quran diturunkan bahasa Arab sebagai petunjuk kepada manusia. maka, sudah pastilah dengan memahami bahasa al-Quran iaitu  bahasa Arab dengan baik, kita dapat menghayati ayat-ayat indah di dalam al-Quran. bukan itu sahaja. kita juga dapat memahami hadis-hadis Rasulullah dengan lebih baik..

jadi, bagaimana? cukupkah dengan hanya sekadar diam sahaja? tak rasa rugi ke kalau tak belajar bahasa Arab ni? bak kata pepatah inggeris "action speaks louder than words". 

jom belajar bahasa Arab!!! =) 
cintai bahasa Arab... 
nukilan: hamba ALLAH....

Monday 4 March 2013

penterjemah yang berjaya??????

أهلا وسهلا

Adakah dengan mengetahui dua bahasa sudah memadai untuk menjadi seorang penterjemah yang baik? jika anda beranggapan seperti ini, maka tanggapan anda adalah SALAH.
untuk menjadi seorang PENTERJEMAH yang BERJAYA, seseorang perlulah menguasai beberapa SYARAT UTAMA, iaitu:
1. mengetahui bahasa sumber.  (bahasa teks asal)
2. mengetahui bahasa sasaran. (bahasa yang hendak diterjemahkan)
3. mengetahui topik / subjek yang akan diterjemahkan. (istilah-istilah biologi, fizik dan sebagainya.)
4. mengetahui teori terjemahan.
5. mengetahui sasaran / khalayak pembaca. (sesuai dengan tahap pembaca iaitu kanak-kanak, remaja ,dewasa dan sebagainya.)
من جد وجد
ومن كسل خسر







NUKILAN: Wardah Nazifah
PENTERJEMAHAN SIMPULAN BAHASA ARAB-MELAYU

Pada abad ke-20 ini telah muncul beberapa teori dan pendekatan baru dalam dunia penterjemahan moden. Antaranya seperti teori dinamik oleh Nida dan Taber (1967), teori semantik dan komunikasi oleh Newmark(1981), teori skorpos oleh vermeer dan Reis (1981), dan teori sastera oleh Larsan (1984). Secara dasarnya kesemua teori ini lebih menumpukan kepada kajian pada produk penterjemahan itu sendiri yang dikenali sebagai karya(hasil) terjemahan. Walaubagaimanapun, pada abad akhir ke-20 ini, muncul satu teori dalam komunikasi manusia. Teori ini cuba menafikan  konsep lama dalam komunikasi yang menggarap prinsip komunikasi sebagai pengekod-transmisi-penyahkod. Dengan kata lain teori ini harus melibatkan pemprosesan idea dalam minda manusia. Teori ini kemudian dikembangkan oleh Gutt dalam disiplin penterjemahan tahun 1991. Oleh itu, makalah ini cuba menerapkan TR dalam penterjemahan Melayu-Arab, khususnya dalam aspek simpulan bahasa. 
Cth: "jalasa maqrur fi sijjnihi radiyan kulla al-rida... "(TSA:29)
"Makrur duduk dengan hati tenang di dalam penjaar..."(TSM:18)

nukilan : NURUL LIYANA BT HALIM